FAQ

FAQ

Persoalan Umum Mengenai Kolostrum - FAQ
Kenapa kolostrum lembu?
Kajian saintifik beberapa dekad lalu diseluruh dunia mendapati kombinasi molekul faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum lembu adalah bersesuaian untuk manusia dan mamalia lain.

Mengapa saya perlu kolostrum semasa dewasa?
Apabila umur meningkat, badan mengalami kekurangan imunisasi yang mengundang kepada ketidakupayaan melawan penyakit dan kerosakan tisu-tisu badan. Kajian membuktikan kolostrum mampu membunuh bakteria dan membawa virus, membaiki tisu-tisu dan melambatkan penuaan.

Adakah saya perlu berhati-hati ketika mengambil kolostrum?
Kolostrum adalah makanan dan kita boleh mengambilnya di dalam sebarang kuantiti tanpa ada kesan sampingan dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan lain atau dadah. Walaupun ia produk bukan dadah, ada kemungkinan kita mengalami kesan sampingan akibat pengambilan keperluan lain seperti ubat-ubatan dan herba.

Berapa banyak yang sepatutnya di ambil dan bila?
Setiap orang berbeza keperluan kolostrumnya. Ianya boleh diambil dalam kuantiti yang banyak pada peringkat permulaan dan kuantitinya boleh dikurangkan bila apabila mendapat reaksi pemulihan. Sebaiknya diambil pada waktu pagi semasa perut masih kosong dan selepas makan tengahari. Ramai orang mengalami pembebasan toksik dalam tempoh 2-3 hari yang pertama. Jika anda berasa tidak selesa, kurangkan kuantitinya dan mulakan semula sehingga anda mencapai tahap optimum.

Berapa hari sebelum saya nampak kesan dan apakah kesannya?
Bagi individu, masa untuk menampakkan kesannya adalah berlainan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penyerapan yang berlainan. Tiada kesan sampingan yang tidak diingini kerana kolostrum adalah makanan semulajadi. Simptom yang kerap ditemui ialah kekerapan membuang air kecil dan besar, ketidakselesaan badan dan sakit otot-otot. Ini kerana perkembangan krisis penyembuhan.

Bolehkah kolostrum diberi kepada kanak-kanak?
Boleh... faktor imun sangat penting untuk melindungi kanak-kanak daripada serangan virus dan bakteria, Setiap bayi dan kanak-kanak memerlukan laktos dan lemak untuk proses tumbesaran. Susu ini boleh dicampur ke dalam susu biasa mereka tetapi tidak boleh menggantikan susu yang sedang diambil.

Apakah kolostrum menolong mengurangkan berat badan?
Kolostrum mengandungi IGF-1, faktor pertumbuhan terkuat di dalam badan. Kajian mendapati jikalau IGF-1 tidak mencukupi di dalam badan semasa diet, ianya akan membakar protein otot dahulu sebelum membakar lemak. Ini bermakna IGF-1 perlu ditingkatkan melalui senaman aerobik atau mengambil kolostrum (atau kedua-duanya sekali).

Apakah Kolostrum Anti-Penuaan?
Selepas cukup umur, badan kita mula kekurangan hormon pertumbuhan. Hormon amat penting untuk membina balik tisu-tisu selular badan secara mutlak. Kajian mendapati pada umur 80tahun tiada lagi hormon pertumbuhan kerana faktor usia dan terdedah hampir kepada kematian. Faktor pertumbuhan kolostrum adalah hormon sebenar menggiatkan pembinaan normal semula tisu selular. Pembinaan normal ini membawa kita ke tahap yang lebih muda, tiada ancaman kanser, tiada kedutan dan keletihan.

Bolehkah kolostrum membantu menolong mengurangkan tekanan?
Ramai antara kita masih di dalam pengkajian untuk meningkatkan kemahiran fikiran secara kimia, serotonin dan dopamin. Untuk menyempurnakannya, kita melihat kepada nikotin, dadah dan makanan tertentu. Kita bergantung kepada bahan-bahan ini untuk mengekalkan sensasi pemikiran yang baik. Kolostrum adalah semulajadi dan segar untuk menggiatkan otak membebaskan serotonin serta dopamin dan melanjutkan masa untuk memahami maksud tertentu. Kolostrum juga berperanan aktif untuk menyingkirkan lain-lain bahan kimia bagi menunjukkan kewaspadaan dan kosentrasi.

Adakah kolostrum boleh menolong selepas pembedahan/kemalangan?
Faktor imun kolostrum sangat berkesan sebagai anti bakteria dan virus. Ia boleh menolong mengurang dan menghapuskan jangkitan kuman pada kecederaan luaran. Kolostrum juga mengandungi hormon untuk pembinaan kulit yang menggiatkan penyembuhannya dan anti keradangan yang boleh menghapuskan bengkak .

Faedah-faedah Kolostrum:
Kanak-kanak dan pelajar-pelajar
Lelah, selsema. cirit-birit merupakan sesetengah penvakit yang sering melanda kanak-kanak dan pelajar-pelajar pada masa kini. Pengambilan kolostrum akan menambahkan daya ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan alahan serta memberi manfaat kesihatan tambahan untuk tumbesaran kanak-kanak.

Dewasa
Kerisauan berterusan, kebimbingan, tekanan dan ketidakseimbangan pemakanan boleh mengurangkan perlindungan antibodi dan akan fungsi imun. Tambahan lagi. gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan meminum minuman beralkohol akan melemakan sistem imunisasi.

Warga Tua
Akibat daripada proses penuaan semulajadi, faktor penumbuhan dan pengeluran imuniti yang berkurangan boleh mengakibatkan warga tua lemah daya rintangan terhadap jangkitan dan penvakit.

Ahli-Ahli Sukan
Baru-baru ini, perkembangan dalarn teknologi sukan menunjukkan bahawa terdapat potensi yang besar dalam pengambilan pemakanan berunsurkan protein haiwan dalam meningkatkan prestasi para ahli sukan. Faktor penumbuhan dalam kolostrum telah didapati kaya dengan protein bovin, maka ia adalah tambahan sernulajadi yang sempurna untuk para ahli sukan dan perseorangan yang giat dalam aktiviti sukan.

Seven More Ways Colostrum Can Improve Your Health
[http://www.colostruminfo.com/FAQ]